KATA BILANGAN
Kata Bilang terbahagi kepada 5
1. Kata bilangan tentu
Contoh : dua , tiga puluh, seratus, lapan ribu
2. Kata bilangan tidak tentu
Contoh : segala, banyak, semua, para, beberapa, pelbagai
3. Kata bilangan himpunan
Contoh : beratus-ratus, ketiga-tiga, berabad-abad, bertimbun-timbun
4. Kata bilangan pisahan
Contoh : masing-masing, tiap-tiap, setiap
5. Kata bilangan pecahan
Contoh : setengah, separuh, seperempat, tiga perdua
AYAT CONTOH
1.Puan Siti mempunyai lima orang anak perempuan.
2.Tiap-tiap hari Ali pergi ke sekolah.
3. Segala persiapan untuk majlis hari jadi telah siap.
4. Kedua-dua anak Pak Mat melanjutkan pelajaran di luar negara.
5. Raju telah makan tiga perdua daripada kek yang debeli ayah.
Sila cuba latihan di bawah ini.
1.Raju membela ............. ekor kucing di rumahnya.
2.Pihak polis melepaskan ............................ das tembakan ke arah kereta
penjenayah itu.
3. Emak membeli.................... jenis sayur-sayuran di pasar.
4. Matahari terbit di sebelah ..........................
5. Kim Hong mendapat tempat ........................ dalam pertandingan bercerita.
kedua beberapa pelbagai tiga timur